July 15, 2013

Keputusan UPU

Untitled

Alhamdulillah. Setelah berbulan-bulan aku menanti, akhirnya keputusan UPU telahpun dikeluarkan pada Khamis lepas, iaitu 11 Julai 2013. Keputusan UPU dikeluarkan seiring dengan keputusan kemasukan ke USM. 

Sememangnya aku sudah belajar untuk menerima segala keputusan yang Allah tetapkan untukku. Aku tidak kisah sekiranya aku mendapat kos yang tiada kaitan dengan kos semasa di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Selain itu, aku juga tidak berharap untuk memperoleh keputusan UPU memandangkan PNGK di KMPP tidaklah begitu cemerlang.

Memandangkan aku berkerja sekali dengan rakan-rakanku dari KMPP, kami bertiga berpakat untuk menyemak keputusan UPU tepat jam 12 tengah hari pada hari tersebut di dalam bilik stor kasut. Kami hanya menggunakan perkhidmatan mesej ringkas pada ketika itu. Rakanku yang pertama menjerit kegirangan apabila mengetahui dia ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia, disusuli dengan rakanku yang kedua, juga ditempatkan di UKM. Aku bersyukur kepada Allah kerana rakan-rakanku gembira dengan keputusan yang telah diperoleh.

Aku tumpang gembira atas kejayaan mereka. Aku sudah tidak mahu mengambil peduli akan keputusan yang bakal aku terima, asalkan rakan-rakanku gembira. Penantian mesej ringkas dari pihak UPU akhirnya terjawab. Aku membuka mesej tersebut. Perkataan pertama yang ku lihat di situ adalah 'Tahniah!' Aku terkejut dengan pernyataan itu lalu aku scroll sehingga ke bawah dan tertulislah 'Anda berjaya ditawarkan program KS26 di UKM. Layari ...' Alhamdulillah. Aku tidak sangka aku ditawarkan untuk menyambung pelajaranku di universiti yang ternama seperti itu. 

Walaupun aku tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan KS26 itu, aku mencuba untuk belajar menerima setiap keputusan yang ditetapkan-Nya. Sungguh, Dialah sebaik-baik Perancang. Aku melayari internet melalui telefon bimbit untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan KS26. Akhirnya soalanku terjawab. 

Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Biokimia)
 Fakulti Sains dan Teknologi UKM

 Click to preview

Alhamdulillah. Seperti yang aku mahukan. Seperti yang aku pilih. Apabila melihat sahaja perkataan Biokimia, aku tersenyum. Inilah kos yang aku impikan selain Bioperubatan dan Perubatan dan Pembedahan. Tambahan lagi, aku pernah suatu ketika dahulu memasang niat untuk menjadi seorang ahli biokimia atau apa-apa sahaja yang berkenaan dengan Biokimia. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.

Namun, kejayaan aku ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan melainkan aku melihat ramai rakanku mendapat tawaran di universiti-universiti yang terpilih. Alhamdulillah. Aku gembira apabila melihat mereka gembira. Apabila bertanya kepada rakan-rakanku, ada yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Sarawak dan Univeristi Malaysia Sabah.

Namun, ada juga diantara mereka yang tidak ditawarkan di mana-mana universiti. Aku berharap mereka tabah dengan ketentuan-Nya. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk mereka, inshaAllah. Percayalah pada-Nya. Serahkanlah segalanya pada-Nya. Kita mungkin tidak terfikir kenapa Allah tidak membalas permintaan kita. Allah membalas doa kita dengan tiga cara: 

  1. Ya
  2. Ya, tetapi bukan sekarang.
  3. Tidak, Aku ada yang lebih baik untuk Engkau. 

Jangan berputus asa wahai rakanku. Buat rakan-rakanku yang telah menerima tawaran daripada pihak UPU, aku berharap agar kalian janganlah berkecil hati dan bersedih kerana Allah telah tetapkan apa yang terbaik untuk kalian. Ingat, Allah adalah sebaik-baik Perancang.

July 10, 2013

Ramadhan Ya Habib

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita. Ayuh tingkatkan amalan dengan merebut setiap peluang yang ada. Kalau hal dunia boleh dikejar, kenapa tidak hal akhirat, kan? Saya yakin abang-abang dan kakak-kakak saya boleh melakukannya. 

Ya Allah. Sayangnya kepada Ramadhan. Rindu. Lawtaka dawman qareeb. Ramadhan Ramadhan Ramadhanu ya Habib. Terima kasih ya Allah kerana memberiku peluang dan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.


Selamat beribadah semua! 70 kali ganda tau. Kalau 70% discount di pusat beli-belah boleh direbut, kenapa tidak untuk ganjaran pahala di bulan Ramadhan? Tajdid niat sentiasa. Sungguh, Dialah yang Membolak-Balikkan Hati HambaNya. 

Semoga berjaya! 4.00 for Ramadhan, inshaAllah.

Maher Zain - So Soon

This video will make your cry. May Allah shower His blessings on the orphans from all over the world. Credits to Maher Zain.

July 02, 2013

The Difference between Diet Coke and Coke

Look what we've got into our stomach, running through our esophagus. We had swallow grams of sugar from that coke. I mean, yeah, well of course you have been to fast food restaurants such as McDonald's, KFC, In n Out and ordered this kind of drinks, instead of buying themselves alone without meals. 


This video shows you the difference between diet coke and original coke through the experiment conducted. And what is your opinion about this video? Well, you still want to order coke and refills it at McDonald's and other restaurants? Know what, I still remember what my friend said. She said "Cukup bulan potong kaki." Hahaha. 

3D Chalk Art

Awesome 3D chalk art done by Chris Carlson at Denver, Colorado on June 2012. Enjoy!

July 01, 2013

July and Ramadhan

Hello July!
MashaAllah. Sekejapnya masa berlalu. Pertengahan tahun pun telah berlalu pergi. Rasa macam baru sahaja mendengar percikan bunga api dari tingkap bilik asrama C5 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pejam celik pejam celik, akhirnya aku sekarang berada pada tanggal 1 Julai 2013.

Bercerita pasal Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, 2 bulan telah berlalu sejak aku meninggalkan kolej kesayanganku, rakan taulan, tenaga pengajar dan suasananya.  Kini aku menunggu keputusan UPU yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi dalam bulan Julai ini. Ke manakah bakal aku beralih arah. Biar Allah yang tentukan. Apa yang perlu aku buat, hanya redha dengan ketentuan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Bukan itu sahaja, detik 0.00 pada 1 Julai juga menunjukkan yang aku telah berkerja sebagai promoter kasut separuh masa di AEON Seberang Perai City, bahagian Ladies Department. Larrie, NYC dan Camel Active. Melalui pengalaman berkerja ini, baruku tahu betapa peritnya untuk mencari satu sen yang halal. Kesabaran haruslah menebal melitupi diri. Melalui pengalaman ini juga, aku telah mengetahui pelbagai kerenah manusia. Adakalanya ada pelanggan yang kurang sabar, kadang-kadang ada yang baik-baik sahaja. Tapi itu bukan masalah bagiku. 
Customers always right.
Tidak dilupakan juga yang aku bakal menjalani kelas-kelas memandu kereta. Ya Allah. Takutnya. Ujian JPJ bakal diadakan pada 2 haribulan Ogos. Harap-harap dipermudahkan. 

Ъła¢κỳ ♠ | via Tumblr 

Akhir sekali, ingin sekali aku mengingatkan yang Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Gembiranya hati ini untuk menyambut ketibaan Ramadhan. Aku rindu suasana di bulan Ramadhan. Wallahi. Diharapkan aku dapat dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Tingkatkan amal, kurangkan kontroversi.