August 17, 2013

Ibu

Кαвkαзцы гуляюm, σсmα∫ιьnые nαδ∫ιюgαюm✔
Ketika kau berumur 14 tahun, Ibu ingin tengok rancangan agama sedangkan kau ingin tengok cerita korea.
Sebagai balasannya, kau lempar remote hingga pecah berkecai.

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu pulang kerja masih ingin memeluk dan menciummu.
Sebagai balasannya, kau jawab, "Apalah mak ni. Saya dah besar. Rimas!" lalu lari kunci pintu bilik.

Saat kau berumur 16 tahun, Ibu membenarkan kamu menggunakan komputer ribanya.
Sebagai balasannya, kau menggunakan komputer ribanya hingga tiada kesempatan untuk dia menggunakannya.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu sedang menunggu panggilan telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu mengalirkan air mata menangis di atas kejayaanmu dalam peperiksaan STPM.
Sebagai balasannya, kau meraikannya hanya dengan teman-temanmu sedangkan dengan ibu buat endah tak endah saja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu masih ingin berjalan bersama-sama.
Sebagai balasannya engkau meninggalkan ibu jauh di belakang, malu kalau kawan-kawan tengok.

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu memelukmu dengan penuh kesyukuran saat kau lulus pengajian tinggimu.
Sebagai balasannya, kau tanya ibu bila hendak membelikan hadiah untuk mu.

Saat kau berumur 40 tahun, dia menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah .
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ibu, saya terlalu sibuk, tidak ada masa terluang untuk balik!”

Saat kau berumur 55 tahun, Ibu sakit tak kebah sehingga memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau hantar dan upah bibik untuk menguruskannya.

Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang.
Dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang tidak pernah kau lakukan untuk gembirakan hati ibu mu. Sayangnya dia telah tiada lagi.

Sayangilah ibu selagi ia masih ada.
 credits to-putera izman.com

0 comments: