October 22, 2013

[BERITA UKM] : OPPS BONGKAR!!!

"APA KONSPIRASI YANG CUBA DIMAINKAN OLEH EN.MUSA???"

22/10/12 - UKM Bangi. Lewat malam tadi, kami dapat berita ada sekelompok manusia sedang cuba merampas dan membuang manifesto calon-calon GMUKM yang digantung indah di tempat-tempat strategik. Apa yang tidak terduga oleh kami, mereka bawa 1 buah lori besar dan 1 buah hilux untuk mengisi rampasan manifesto-manifesto tersebut. Betapa zalimnya mereka, ingin merampas poster manifesto hasil titik peluh 4 kerat kami, sudahlah berjaga malam untuk menyiap dan mengantungkannya. Tidak tahu apa punca tindakan mereka kerana yang pasti poster kami berstatus sah dan halal kerana telah mendapat kelulusan dan cop dari Wisma Aman n JPPeL.

Oleh yang demikian, kami semua berpakat mengejar lori dan hilux tersebut bagi mengetahui siapakah dalang disebalik konspirasi ini. Rupanya mereka adalah pihak yang dihantar oleh JPPeL. Tapi kami musyikil, kenapa JPPeL tergamak merampas poster-poster kami sedangkan mereka sendiri yang meluluskannya?

Lalu kami bertanya kepada abang-abang macai tersebut,kenapa mereka tergamak melakukan perkara ini. Jawapan yang mudah, "Kami cuma menjalankan arahan dari En.Musa. Ingat, kami ada anak-anak dan isteri di rumah. Jadi kalau nak jawapan, boleh tanya En.Musa!" Allahu akhbar, jawapan yang sungguh merobek-robekkan hati kami. Apa lagi konspirasi yang En. Musa cuba mainkan di sini? Cukup-cukuplah mempermainkan kami mahasiswa. Kami mahu PRK yang telus!

Persoalannya, kami dah ikut peraturan. Poster-poster kami semua bercop dari Wisman Aman dan JPPel. Kedua, kalau ada penambahan peraturan baru kenapa kami tidak dimaklumkan awal? Seolah-olah sengaja nak mempermainkan usaha kami. Ketiga, rasional-lah kalau poster ada manifesto. Aspirasi Mahasiswa sudah lama berkempen sejak Minggu Mesra Pelajar lagi, jadi bagilah peluang pula untuk GMUKM berkempen secara adil.

"MASALAH BIROKRASI PENTADBIRAN MENCEMARKAN DEMOKRASI PRK!"

#DariMahasiswa4Mahasiswa# #MOVINGFORWARD
 
Photo
 
 
 


0 comments: