December 30, 2013

Diet Untuk Pelajar Kolej

yummy

Pelajar kebiasaannya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk makan secara teratur di sebabkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan juga aktiviti seharian. Ini boleh mengakibatkan badan merasa letih dan lesu. Ini juga boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang tidak di ingini. Bagaimana cara untuk kekal aktif di samping mengekalkan cara pemakanan sihat?

Sarapan sangat penting
JANGAN tinggal sarapan. Ianya penting untuk memulakan aktiviti anda seharian. Tinggalkan sarapan akan mendorong kepada kenaikan berat badan. Anda juga tidak dapat fokus di dalam kelas di sebabkan lapar. Semangkuk bijirin ataupun yogurt pun sudah mencukupi untuk menghadapi hari dengan sihat.

Minum air kosong
Air sangat penting untuk pelajar dan juga untuk semua. Ramai yang lupa untuk minum air. Kebanyakan pelajar suka membeli air berkarbonat di kafe dan sebagainya. Bawalah air kosong kemana sahaja anda pergi.

Makan mengikut masa
Makan seharusnya jangan di tinggalkan. Makan mengikut masa akan mengurangkan kadar pengambilan yang terlalu banyak pada waktu makan berikutnya. Makan dalam 5 kali sehari sangat bagus untuk pemakanan sihat.

Makan makanan yang sihat
Pelajar selalunya tidak mempunyai masa dan suka sesuatu yang cepat. Makanan dari jenis makanan segera seperti McDonald's dan KFC selalu menjadi pilihan. Ianya boleh di makan tapi bukan untuk dalam jarak masa yang terlalu dekat. Tak salah jika untuk sekali sekala. Makanlah mengikut piramid makanan. Buah buahan dan sayuran sangat penting dalam pemakanan.

Bawa snek yang berkhasiat
Disebabkan kekangan masa dalam kalangan pelajar, bawalah makanan di dalam beg anda untuk kekal cergas. Bawalah buah seperti epal dan pear untuk di makan sebelum bermula kelas. Buah buahan kering dan juga bar tenaga juga boleh di bawa dan di simpan seharian.

0 comments: