January 11, 2014

Diet untuk Pelajar Universiti

No-Cook Recipes for Summer

Pertama sekali, maaflah sebab kebelakangan ini aku seringkali bercerita tentang sihat, fitness dan apa-apa yang sama erti dengannya. 

Baiklah. Kalau kita buat carian di internet berkenaan dengan menu diet, kebanyakan capaian yang keluar hanyalah menu diet yang menggunakan bahan-bahan yang susah untuk didapati, tambah-tambah sekiranya kita sibuk dengan kerja atau kita adalah pelajar universiti. Hal ini bertambah rumit apabila kebanyakan menu diet tersebut perlu dimasak dengan menggunakan peralatan dapur seperti pemanggang, ketuhar dan sebagainya.

Berikut adalah antara cara mudah untuk mendapatkan menu diet harian anda, terutamanya bagi pelajar universiti, kolej atau asrama:

  1. Untuk sarapan pagi, anda bolehlah ambil roti atau apa-apa yang berkarbohidrat tinggi selain nasi. Ini kerana kebiasaannya pada waktu pagi, anda mungkin sibuk untuk menghadiri kelas itu dan ini. Bagi aku, kalau ambil nasi sebagai sarapan pagi, sudah semestinya mata akan terasa mengantuk, lalu menghilangkan fokus di dalam kelas.
  2. Untuk makan tengah hari, sekadar ambil ayam atau ikan untuk diratah tanpa nasi adalah mencukupi. Untuk lebih efisien, ambil bahagian yang kurang lemak dan minyak seperti dada ayam dan ikan yang bersisik. Ahli farmasi beritahu aku bahawa ikan yang kurang lemak adalah ikan yang bersisik, bukan ikan yang tidak bersisik seperti ikan kembung, ikan pari dan sebagainya.
  3. Untuk makan malam, ambil buah atau apa-apa makanan yang ringan seperti biskut atau kekacang adalah mencukupi. Ini kerana kebiasaannya pada waktu malam, kita kekurangan aktiviti untuk dilakukan. 
  4. Untuk supper, seelok-eloknya jangan makan langsung atau minum air kosong bagi mengurangkan rasa lapar. Aku faham kerana kebiasaannya, pelajar akan terasa lapar pada waktu lewat malam apabila mereka tidur lewat. Jadi, tidur awal adalah membantu di samping dapat bangun awal pada keesokan harinya untuk belajar di awal pagi dan menunaikan fardhu Subuh, bagi yang beragama Islam. 
Itu sahaja yang ingin dikongsikan. Mungkin cara aku berbeza dari anda semua. Teruskan sahaja cara yang anda lakukan sekiranya ia membantu. InshaAllah berkesan. 

Apa yang penting, banyakkan minum air kosong kerana ia membantu untuk menghilangkan rasa lapar anda, inshaAllah. Moga bermanfaat.

2 comments: