January 09, 2014

In the Pouring Rain

Untitled

Ajal maut itu ditangan Allah. Kun fayakun. Tiada sesiapapun yang dapat mengubahnya. Kita dilahirkan ke dunia hanya dengan satu tujuan, iaitu beribadah kepada-Nya, dan kepada Dia-lah kita dikembalikan. 

Izrail a.s. hanya menjalankan tugasnya sebagai hamba Allah, atas arahan Allah. Tiada siapa yang dapat mengelak. Mati bukanlah sesuatu perkara yang boleh ditangguh-tangguhkan. Apabila tiba masanya, kita baru sedar bahawa dunia bukan segala-galanya untuk kita. Setiap yang kita peroleh di dunia ini ditinggalkan, hanya amalan yang mengiringi kita. 

Tiada sesuatupun yang kekal selama-lamanya, melainkan Dia, yakni Allah SWT. Allah adalah segala-galanya. Tiada apa yang perlu dipersoalkan.

Salam takziah kepada rakan-rakan seperjuanganku, Addini Johari, Siti Zakiyah, Ain Ibrahim dan Ameerul Amin atas pemergian ketua keluarga mereka yang tercinta ke rahmatullah. Semoga kalian sentiasa tabah dan bersabar serta mampu bergerak ke hadapan mencari sinar Ilahi, kerana kita juga akan dikembalikan kepada-Nya suatu hari nanti. Kehilangan hanya sementara. InshaAllah akan dipertemukan kembali. 

Innalillah. Al-fatihah. 

0 comments: