January 04, 2014

Kisah Seorang Manusia Bergelar Ayah



Demi anak, pakcik ini sanggup menghantar anaknya. Mereka tinggal di Gombak dan hantar anaknya di IPG Melaka. Nak dijadikan cerita pakcik ini tersalah jalan masuk Seremban dari Gombak dan terus ikut Bukit Putus melalui Kuala Pilah untuk ke Melaka melalui Tampin. Katanya lagi, mereka berdua beranak bertolak dari Gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di Nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di Kuala Pilah. Mendengar cerita pakcik ini, dalam hati aku berkata, "Balik dari Melaka nanti aku akan ikut jalan balik ke Seremban ikut jalan yang pakcik ini lalui tadi." 

Bila sudah selesai di IPG (instutut perguruan), balik sahaja terus ikut jalan tersebut iaitu dari Melaka ke Seremban melalui Tampin dan Kuala Pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dengan selekohnya yang tajam dan lori lagi. Cuba kita bayangkan pakcik ini dengan anaknya melalui jalan tersebut dengan beg dan bekalan mereka. Sebak hati bila mendengar cerita pakcik ini. Di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ini pada hari Jumaat ini, "Pakcik tak perlu la ambil anak pakcik, nanti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke Gombak." Sayu hati lihat wajah seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya di hadapan matanya sendiri. Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada keluarga pakcik ini. 

Kepada semua, hargailah ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup. Kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yang bernama anak. Kisah dari, Kee Perantau Simpang Tiga. Jangan ingat kita sahaja orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. Renung-renungkan. 

0 comments: