May 28, 2015

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biokimia, UKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Tak tahu apa itu Biokimia? Rasa stress sebab dapat Biokimia lepastu terus search apa itu Biokimia? Bagus, Anda tiba di blog yang sepatutnya hehe. 

Ya Allah sudah lama tak menaip dalam blog. Tujuan entri ini adalah untuk membantu adik-adik atau siapa-siapa yang masih tanda tanya di samping menjawab segala persoalan tentang kos Sains Biokimia di Universiti Kebangsaan Malaysia. 


Sebelum itu, saya adalah pelajar Sains Biokimia sesi 2013/2016, sekarang berada di Tahun 2 dan inshaAllah akan melambung mortar board setinggi awan tahun depan LOL. Dan esok aku ada perjumpaan dengan pensyarah untuk thesis / final year project dan aku tak tidur lagi. OK. 

Sebagai pengenalan, kos Sains Biokimia di UKM adalah antara kos yang agak hardcore tapi menarik untuk dipelajari, terutamanya bagi yang berminat untuk kenal dengan lebih rapat lagi kepada gene, hormon, enzim, penyakit-penyakit dan sebagainya. Kos ini lebih kepada bersifat kos kesihatan dan berlatar belakangkan kepada research dan makmal.

Pengajian dalam Biokimia membawa kepada pemahaman tentang molekul, tindakbalas dan interaksi yang terlibat dalam proses biologi pada peringkat sel dan organisma. Program Biokimia memberi penekanan kepada analisis proses ini dengan pendekatan molekul. Kursus disajikan dengan sebegitu rupa supaya pelajar dapat menghayati kecanggihan misteri alam hidupan di peringkat molekul.

Kos Sains Biokimia ini adalah antara kos prasiswazah di Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Saind dan Teknologi, UKM Kampus Bangi. Kos-kos lain di bawah pusat pengajian yang sama adalah Genetik, Bioinformatik, Bioteknologi dan Pengurusan, Bioteknologi Tumbuhan, Mikrobiologi dan Zoologi. 

Soalan-soalan yang biasa orang tanya adalah:
Kos ini berapa tahun? Bergantung. Pengambilan baru sesi 2015 adalah selama 4 tahun. Namun kami yang sebelum-sebelum ini cuma 3 tahun sahaja.
Belajar dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris? Seperti yang telah sedia maklum, UKM menerapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun, penggunaan Bahasa Inggeris masih digiatkan memandangkan kos Biokimia adalah kos Sains. Namun pelajar akan didedahkan juga dengan Bahasa Melayu.
Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. :)
Kos ini belajar apa? Macam zaman asasi/matrikulasi/STPM dulu. Cuba lebih terperinci. Glycolysis. Krebs Cycle. Muscle Contraction Relaxation. DNA replicate, transcribe, translate. Hormone, Enzyme, Protein, Fat, Vitamin, Gene. Everything. 
Pertama sekali, saya senaraikan kursus-kursus / subjek-subjek yang bakal anda semua pelajari sepanjang tempoh pengajian. Kursus-kursus ini ada yang anda akan ambil, ada yang tidak memandangkan kebelakangan ini kebanyakannya diubah bagi mengikuti keperluan semasa.
  • Asas Biologi Molekul
  • Genetik Am
  • Kimia Organik 1
  • Mikrobiologi Asas
  • Biologi Sel
  • Kepelbagaian Haiwan dan Tumbuhan
  • Kimia Analisis
  • Kimia Fizik 1
  • Biokimia
  • Amali Biokimia 1
  • Teknologi DNA Rekombinan 1
  • Teknologi DNA Rekombinan 2
  • Genetik Mikrob
  • Biometri
  • Biokimia Lanjutan
  • Biokimia Klinik
  • Imunologi
  • Pengekspresan Gen
  • Amali Biokimia 2
  • Kaedah Pemisahan
  • Teknologi Enzim
  • Biopengisyaratan
  • Biomolekul
  • Kimia Instrumen
  • Latihan Ilmiah
Serabut? Hahaha. It's okay all is well belajar mana tak serabut kan :) Tapi percayalah cakap saya, menarik!

Bagi adik-adik yang rasa frust menonggeng sebab minta kos sains kesihatan, perubatan, farmasi dan sebagainya tapi tak dapat, RELAKS! Patut berbangga dan bersyukut sebab Biokimia juga adalah sebahagian daripada kos yang bersifat kesihatan. Kalau tidak, apa gunanya ada nama KLINIK pada BIOKIMIA KLINIK dan IMUN pada IMUNOLOGI. 

Dari segi aspek kerjaya, sebenarnya kos Biokimia memiliki aspek kerjaya yang luas dan tidak disedari ramai. Kos ini lebih bersifat kepada penyelidikan. Oleh itu, kerjaya bagi seorang ahli Biokimia adalah di hospital (bagi yang angan-angan nak jadi doktor tapi tak dapat luls), pharmaceutical, makmal penyelidikan, industri, pegawai perubatan dan sebagainya. Pensyarah pun boleh. 


Kalau tak nak kerja lagi, boleh sambung belajar lagi hehe. Master in Medical Biochemistry, Master in Virology, Master in Everything-Related-To-Biochemistry-And-Biomolecule kahkah. Nak lagi gah? Sambung kos kesihatan yang diidamkan sebagai ijazah seterusnya. MBBS. Farmasi. Pergigian. Tapi pointer mesti kena gah sekali. 

Apa-apapun, diingatkan bukan semuanya senang dan bukan semuanya susah. Buat sehabis baik. InshaAllah, Allah akan bantu. 

Mungkin itu saja daripada saya. Mohon ajukan soalan di ruangan komen di bawah sekiranya ada sebarang kemusykilan. Saya tak makan orang hahaha. Saya even dapat ANUGERAH PELAJAR BIOKIMIA PALING FRIENDLY hokayy. 

Sekian. 
Azizi Said, 
Pelajar Biokimia sesi 2013/2016.

11 comments: