May 30, 2015

Makan Malam Biokimia 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makan Malam Biokimia 2015. Berlangsung pada 14 Mei 2015 (Khamis) yang lalu dan aku rasa aku masih belum move on daripada event ini. Diadakan di Crystall Ballroom, The Mines, Serdang pada pukul 8.00 malam (sepatutnya) dan kami satu rombongan Biokimia sampai pukul 9.15 malam sebab sesat, terlajak dan sebagainya yang tak mahu aku ceritakan di sini sebab menyakitkan hati. 

Setiap tahun, Kelab Biokimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Makan Malam Biokimia yang biasanya diadakan pada hujung semester sesi pengajian, iaitu pada bulan Mei-Jun. Makan malam ini dijalankan ikut tema yang unik, tak pernah orang lain buat oleh pelajar-pelajar Tahun 1 Biokimia. 

Kebiasaannya, makan malam ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar Biokimia sendiri dan pensyarah-pensyarah terutamanya, dari Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. 

Tema tahun ini: Elegant Night.
Motto: A Night to be Remembered.

Elegant Night. Elegant Night. Sungguh aku tak tahu apa yang patut aku pakai supaya pakaian seiring dengan tema. Fikir punya fikir punya fikir, akhirnya geng-geng lelaki Tahun 2 Biokimia bersepakat untuk membazirkan duit PTPTN yang masih ada, beli baju-baju menepati citarasa di IOI Mall. Aku hanya mengikut je sebab aku dah beli baju awal-awal lagi di Lazada. Blazer, cardigan, kasut semua dari Lazada. Cermin mata baru jenama Puma dari kedai optik dalam Econsave Kajang. Semua serba baru. Semangat punya pasal entah kenapa.

Dan apa yang aku pakai? Like a Korean, they said. Aku upload gambar makan malam ke Facebook dan semua kawan aku membalas dengan "KPop!" "Mat Korea!" dan sebagainya. Kembang kuncup aku but WHY. Ini jelas sekali aku main bedal je beli baju-baju tu semua tanpa ikut tema dan aku tak ada niat untuk pakai seperti artis Korea. Luls. Serius.

Dari kiri ke kanan: Raja Azlan, Farahin Yaziz, Mustaqim Abas, Siti Rukiah, aku, Saufi Roslee

Tapi apa-apapun, aku tetap suka gambar di atas. Rasa dah macam poster untuk drama Akasia TV3 yang dapat kacau semua penonton supaya melambatkan solat Maghrib atau buat-buat lupa solat Maghrib. EH. Dari situ bolehlah nampak siapa pegang watak perampas kekasih, siapa cinta sejati, siapa anak datuk datin tan sri, siapa kereta motor besar. Common sense drama Akasia TV3. Luls.

Ini adalah Makan Malam Biokimia kedua bagi aku sejak menjadi pelajar Biokimia. Kenangan terakhir sebelum masing-masing menghadap genome, spectrophotometry, chromatography. Terima kasih di atas memori ini. Terima kasih junior Tahun 1 sesi 2014/2017 kerana sudi mengatur majlis yang meriah ini. Terima kasih kepada rakan-rakan Tahun 2 kerana sanggup menghadirkan diri atas paksaan aku dan menghabiskan malam itu dengan wayang Pitch Perfect 2. Walaupun sesat sana-sini tapi aku redha je. Hahaha. 

"A friend is what the heart needs all the time."
Henry Van Dyke
Terima kasih keluarga Biokimia. Terima kasih. 

0 comments: