May 31, 2015

Mari Bedah Tikus!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Adalah satu kewajipan bila jadi pelajar Biologi, kita takkan dapat lari dari bedah tikus, katak, main dengan hidupan laut, lukis pokok, bunga, ambil darah dan lain-lain. Sungguh aku tak dapat lari dari semua tu, tambah-tambah lagi aku ambil kos Biokimia. 


It is quite interesting, actually. Tak pernah cukup dengan pengalaman bedah tikus. Masuk universiti ingatkan dah takde bedah bedah tikus, katak, rupanya ada juga. Bagi yang ketar lutut, kecut perut, mungkin akan trauma dengan bedah bedah tikus, termasuk jugalah yang penyayang kepada haiwan.

Sebagai demonstrasi, pensyarah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Prof Madya Dr Nazlina binti Ibrahim melakukan pengimunan dan pendarahan kepada arnab terlebih dulu supaya kami faham perjalanan proses eksperimen. Arnab tersebut, fuuhh, besar! Terkejut aku sampai terasa sayang nak tengok dia kena suntik. 


Di bawah kursus Imunologi, kami didedahkan dengan cara dapatkan sel-sel T dan B (sel imun) daripada timus, limpa, bone marrow dengan kaedah dissect tikus atau dikenali juga sebagai mencit (tikus makmal). Namun sebelum pembedahan dijalankan, kami diminta untuk suntik atau imunkan mencit dengan bakteria yang bertindak sebagai antigen seperti Salmonella typhimurium atau Escherichia coli, seterusnya ambil darah mencit untuk dapatkan serum. Darah tersebut diambil dengan memotong sedikit ekor mencit dan darah dikeluarkan melalui ekor. Selepas mencit dibiarkan seminggu untuk tindak balas imun berlaku, barulah kami dibenarkan untuk menjalankan pembedahan.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.”(Surah Az-Zumar, ayat 9)


Orang luar atau orang bukan Biologi mungkin akan anggap kami ini kejam dan sebagainya. Tapi kami sebenarnya bertindak untuk memahami apa yang berlaku dalam sistem biologi badan supaya membawa kebaikan kepada masyarakat dan agama untuk masa depan. Buang pemikiran negatif, fikirkan yang negatif saja. 

0 comments: