May 30, 2015

Pelihara Tikus Babi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, taklah baru sangat sebab aku malas nak update blog, jadi kisah ini lebih kurang baru lagilah. Memang betul aku dah mengidam lama nak bela binatang tikus babi ini. Kecomelan babi ini buatkan hati aku tergugat. Imanku luntur. 

Sejak dari semester lepas, aku telah buat beberapa pilot study tentang tikus babi ini. Penyelidikan gitteww. Namun, apa itu tikus babi? Halal ke kalau dipegang? Tikus babi? Babi? Sebenarnya, aku sedang maksudkan GUINEA PIG atau dalam bahasa Kesultanan Melayu Melaka, digelar sebagai tikus belanda. Mungkin orang Belanda bawa ke Tanah Melayu mungkin lulz. Tapi kenapa babi? Mungkin muncung panjang dan telinga macam babi. Tapi halal okay. Sebab literally bukan babi.

Sambil-sambil survey tikus babi, aku juga survey tikus longkang kedai mamak chinchilla. Ya Allah, binatang rodent ini kenapa semua comel? Baru-baru ini aku pulang bercuti ke Penang, aku terjumpa seekor chinchilla dijual di pet shop Tesco Extra Seberang Jaya. Ya Allah. Comelnya! Besar lagi dari arnab. 

Tapi memandangkan aku dah bela tikus babi sekarang, jadi mak aku melarang bela tikus-tikus haram yang lain. Bukan sebab apa. Masalah nak menjaga. Maintainance tinggi oih. Nak beli serbuk kayu, pellet itu bukannya murah. 

Kembali kepada topik asal, iaitu tikus babi, aku telah beli DUA ekor tikus babi di Klinik Haiwan Mesra, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Aku tak sangka klinik ini turut menjual binatang peliharaan. Kalau nak beli binatang di sini, kita kena tanya orang di situ ada ke tak binatang yang kita nak beli. Dan kebetulan masa aku tanya itu, dia cakap tunggu sekejap dan pergi ke stor belakang. Ya. Semua binatang diletakkan di stor belakang dan bahagian depan premis cuma letak barang-barang yang diperlukan untuk petting saja. Yeepp. You should ask. Malu bertanya, tak dapat tikus babi. Dia kemudian keluarkan 4 ekor tikus babi. Aku hampir menjerit, bukan sebab takut, tapi sebab comel nak haram. 

Aku memilih dua daripada empat tikus babi yang dikeluarkan, jantan dan betina. Tapi sebelum itu, aku beli bukan sebab nak buat kajian atau apa, bedah sana sini tapi sebab aku nak bela. Faham? Bela. Walaupun tiap-tiap kali kawan Biokimia aku datang bilik aku, mesti bawa dissecting set. Tak guna.

Jadi ini adalah tikus babi aku. Kiri jantan, Shiro. Kanan betina, Shila. 

Sebenarnya dua ekor ini banyak nama. Shiro dan Shila diberi semasa di kampus sebab ada seorang kawan aku ini Shilalas (peminat Shila Amzah). Jadi betina dah dapat nama Shila dan aku tak tahu nak letak nama apa untuk jantan, jadi diletakkanlah nama Shiro. Shiro juga diberi nama Miki dan Shila diberi nama Mutiara. Miki dan Mutiara. Kucing-kucing yang telah dibela oleh keluarga aku dulu, untuk memudahkan emak aku mengingat nama-nama dua ekor ini. Kemudian, nama ketiga adalah Peeta Mellark dan Katniss Everdeen. Ini aku yang gelar lulz memandangkan yang jantan muka budak-budak, tak matang sebiji macam Peeta dan yang betina ini perangai dingin, sombong macam Katniss. Kahkahkah. 

Aku sebenarnya tidak bela dua ekor ini lagi di dalam kampus sebab masalah penjagaan dan masalah kolej yang melarang benda-benda terlarang disimpan dalam bilik. Jadi, aku bertindak dengan menghantar dua-dua ekor tikus babi ini ke Penang dan dengan tidak malunya meminta emak aku untuk menjaga.

Alhamdulillah Miki dan Mutiara. Awak berdua di bawah kasih sayang emak. Kehadiran awak berdua menggembirakan hati emak, melihat awak berdua bermain, melompat sana-sini, kegedikan awak. Harap awak tak menyusahkan emak, okay? Love. (aku expect macamlah dua ekor ini dapat buka blog aku dan baca entri ini kahkah)

0 comments: