October 31, 2016

Finally Graduated!

Allahuakbar. Alhamdulillah.


Setelah sekian lama, selama 3 tahun belajar, akhirnya aku bakal memegang segulung Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Biokimia) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penat woi nak habis 3 tahun pun seksa nak mati. Tambah-tambah lagi kena buat final year project, seharian semalaman duduk dalam makmal tak balik-balik bilik.

Bukan final year project saja, ditambah pula kursus-kursus yang berat untuk major Biokimia. I was so dead! Pointer cukup-cukup makan pun jadilah! Tak mau dah repeat-repeat bagi keputusan elok. Sakit.
Tapi apa-apapun, terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan perjalanan ini dari dulu sampai sekarang, terutamanya arwah ayah, mak, cikgu-cikgu, kawan-kawan, sahabat-sahabat. Thank you. Gomawo. I love you! Saranghaeyo!

p/s: Istiadat Konvokesyen  UKM Kali ke-44, Sidang 5 (7 November 2016), pukul 1 petang - 5 petang. Untuk sesape yang nak meraikan, datanglah pukul 5 petang di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM, okay? Bawalah sejambak bunga dengan patung sekali hihi.