November 23, 2016

Graduated!

6 tahun di SK Permatang To' Kandu. 3 tahun di SMK Bandar Baru PERDA. 2 minggu di SMS Kepala Batas. 1 tahun di MRSM Beseri. Kembali semula 1 tahun di SMK Bandar Baru PERDA. 1 tahun di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan akhir sekali 3 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penat lelah berhempas-pulas tidak cukup tidur memikirkan masa depan dan menelaah pelajaran, berkat doa dan ilmu daripada mak, arwah ayah, cikgu-cikgu, keluarga, sahabat-sahabat dan kawan-kawan, akhirnya aku dah sampai sini. Terima kasih semua. 

Acah baling topi nampak classy padahal dah berpeluh macam apa lagi time ni

Kejayaan ini adalah tidak seberapa tapi alhamdulillah. Akhirnya dapat juga menggenggam segulung Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Biokimia). Dulu masa zaman UPSR, Sains dapat gred B. Tapi siapa tahu degree Sains juga aku pegang LOL. Allah sudah plan baik-baik punya. Kita cuma merancang dan Allah yang menentukan. 

Members of Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88E Kolej Ibrahim Yaakub (left to right: Maisarah, Firdaus, Zakirah, Syed, Bazilah, Melvina, me)

The only BSMM junior yang suka kacau dan masuk campur hal-hal peribadi LOL itulah lepasni tak jumpa dah buat FYP Mikrobiologi elok-elok 

Banyak liku dan cabaran yang telah dilalui. Ada satu masa tu ya Allah. Rasa fade up sangat dengan kos Biokimia, terutamanya bila kena buat final year project. Entahlah kenapa stress sangat masa dulu sampai terdetik dalam hati nak tukar kos di saat-saat akhir, lebih kurang 2 bulan sebelum tamat pengajian. Tapi alhamdulillah. Ada kawan-kawan yang sentiasa membantu membetulkan pandangan aku teruskan perjalanan yang hanya tinggal beberapa tapak lagi, terutamanya kawan-kawan dari kos sendiri dan dari Bulan Sabit Merah Malaysia. Terharu dan bangga sebab ada kawan-kawan yang bersama susah dan senang. 

Okay sekejap ini gamaknya macam dah kumpul geng-geng otai blog suatu masa dulu kahkah sekarang semua dah sunyi menyepi masing-masing busy (left to right: Dini - medic, Adila - dentist, Aina - plant biotech, me, Zue - economy)

Biochemist gentlemen asalnya ada 5 tadi tersesat seorang ke tempat lain jadi tinggal kami berempat (geng-geng ponteng kuliah LOL I'm sorry) (left to right: Raja, me, Saufi, Aizad)

Ditambah lagi terharu bila kawan baik yang dari kelas, di universiti yang lain, berkejar-kejar ke UKM sebab nak sambut konvokesyen. Walaupun hanya dapat berjumpa untuk sementara tapi truly appreciate it! Terima kasih inshaAllah esok-esok dia konvo, kita balas a visit pula okay hihi.

So I think that's all about it. To those future Biochemists, good luck! Make our #BiokimiaUKM and #HebatAnakMuda proud. Okay. Konvo dah konvo dah, ni nak cari jalan bayar hutang PTPTN pulak dah! LOL. Tanam anggur ni gaji masuk lambat sikit. 


0 comments: