November 25, 2016

Science Biochemistry Internship | Latihan Industri Sains Biokimia

Okay sebelum itu nak cakap latihan industri (LI) aku dah lama habis, even aku dah graduate dah pun. Tapi memandangkan aku jarang buka dan update blog, kini baru teringat nak update bagi mengisi masa lapang yang membosankan sebab takde satu pun lagi panggilan kerja atau interview. 

Jadi, biasalah bagi semua pelajar universiti mesti akan melalui zaman LI a.k.a internship a.k.a practical di sekitar Malaysia atau luar Malaysia dengan mengikut program pengajian masing-masing. Bagi aku yang dari kos Sains Biokimia, UKM, tempat-tempat LI yang bersesuaian adalah makmal, hospital, klinik, syarikat bioteknologi/biosains dan seangkatan dengannya. Dan aku terpilih untuk menjalankan latihan industri di JABATAN PATOLOGI DAN TRANSFUSI, HOSPITAL KULIM, Kedah Darul Aman dari 26 Jun 2016 sehingga 1 September 2016 (9 minggu).




Mula-mula memanglah agak nervous sebab pertama, risau kena buat task-task yang mencabar, kedua, risau susah nak bergaul dengan warga hospital, ketiga, masih tak dapat bayangkan apa sebenarnya yang akan dilakukan sepanjang tempoh latihan. Tapi alhamdulillah. Hari pertama latihan dapat jumpa dengan ramai warga hospital yang tak lekang senyuman dan sentiasa beramah-mesra bertanya khabar. Jadual latihan diberikan dan dibahagikan kepada latihan di Unit Pra-Klinikal, Unit Hematologi, Unit Transfusi, Unit Patologi Kimia, Unit Mikrobiologi Perubatan dan Unit Serologi. 

Antara ujian-ujian yang dijalankan

  1. Unit Pra-Klinikal - pengkelasan dan penghantaran spesimen yang diterima daripada pesakit atau kakitangan perubatan ke setiap unit dalam jabatan. Senang kan? Hantar je hantar hantar hantar. Tapi senang-senang pun berisiko juga untuk menghadapi urin yang tertumpah disebabkan penutup botol tak ditutup dengan rapat la apa 
  2. Unit Hematologi - ujian Glycogen-6-Phosphatase Dehydrogenase (G6PD), ujian Full Blood Count (FBC), ujian Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR), ujian Urine FEME.
  3. Unit Transfusi - ujian Group, Screen & Hold, Cross-Matching, ABO Coombs.
  4. Unit Patologi Kimia - atau dikenali juga sebagai Unit Biokimia. Unit yang menerima paling banyak sampel dan spesimen daripada hospital. Ujian Urine FEME, urin Bence Jones Protein, urin PCI, urin bagi ujian penyalahgunaan dadah, ujian pengesahan cannabis dalam urin menggunakan teknik Thin Layer Chromatography, analisis HbA1c, urin parakuat, T4/TSH/FT4/TFT, vitamin B12 dan folat, analisis gas darah, zat besi/ferritin/TIBC, renal profile, blood urea serum electrolytes, creatinine, calcium, magnesium, phosphate, liver function test, creatinine enzyme, uric acid, fasting lipid profile, fasting blood sugar, 2-hour post-prandial blood glucose, oral glucose tolerance test, fasting serum lipid, albumin, amylase, biochemistry urinary creatinine ratio, lactate dehydrogenase, alanine aminotransferase, aspartate aminotransferase.
  5. Unit Mikrobiologi Perubatan - semua ujian yang melibatkan pemplatan spesimen (kahak, najis, tracheal aspirate, urin, darah dan lain-lain) secara 'culture and sensitization' a.k.a C&S ke atas piring agar bagi melihat koloni bakteria tumbuh atau tidak untuk memudahkan kakitangan perubatan menjalankan diagnosis ke atas pesakit. 
  6. Unit Serologi - ujian Hepatitis B dan C, ujian denggi, ujian melioidosis, ujian HIV, ujian sexual transmitted disease (STD) dan pelbagai lagi ujian bagi penyakit bervirus dan berjangkit. 
Okay boleh kot tera tu. Sebagai kesimpulannya kan, banyak benda baru yang belajar masa internship.Tengoklah sendiri ujian-ujian yang dijalankan dalam setiap unit. Ada yang pernah kita dengar. Ada yang tak pernah kita dengar. Hospital Kulim ini hospital daerah so hospital ini kecil saja tak besar mana. Mungkin kalau dapat internship di hospital-hospital besar atau hospital negeri, berkemungkinan banyak lagi ujian-ujian yang akan dijalankan. Tapi walau bagaimanapun, rasa sangat bersyukur sebab selain dapat belajar prinsip, kaedah, sebab penyalit dan sebagainya, dapat juga belajar untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi, bertukar pendapat dan sebagainya untuk persediaan dunia luar yang maha mencabar. 

0 comments: